please visit this

....

kernanya....buat aku lebih mencintai ALLAH....ya ALLAH....sesungguhnya engkau menanamkan cintaku kepadanya....engkau dekatkan hati kami kepadaMU....yang mudah terleka dengan nafsu dunia.....bimbinglah aku untuk menjadi hambamu yang redha dengan ketentuaanmu

Thursday, May 16, 2013

MENAHAN MARAH



Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta
nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda
s.a.w ,'"Janganlah engkau marah." Lelaki itu mengulangi
(permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda,
"Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)



Larangan jangan marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara
mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah
suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului
sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya
memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan
hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya
asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah
berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan
sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan
benda-benda yang tidak berakal.

Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang
ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar,
lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini
hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat
dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai
diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat
buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah
serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan
dia marah, firman Allah S.W.T: "...Dan orang yang menahan
kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan
(ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara
yang baik." (Ali Imran3-134)

2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang
dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah
S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada
syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah
Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)

3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda
Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka
duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka
hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)

4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari
syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka
hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)

Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras
seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya
menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani.
"Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti,
tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya
ketika marah." (Al-Tirmizi)

No comments:

Post a Comment