please visit this

....

kernanya....buat aku lebih mencintai ALLAH....ya ALLAH....sesungguhnya engkau menanamkan cintaku kepadanya....engkau dekatkan hati kami kepadaMU....yang mudah terleka dengan nafsu dunia.....bimbinglah aku untuk menjadi hambamu yang redha dengan ketentuaanmu

Friday, December 23, 2011

Bulitenn anak pasro


Assalamualaikum  kengkawannn…
Lama sesudah tak mengupdate blog..Im diyana melaporkan isu semasa yang berlaku kini dan yang terlepas…=D..NAK CERITA PASAI KAWEN LAA..kazen sulung dalam family belah mak,anak menakan mak saya dan anak kakak mak saya baru saja kawen 17/12/2011…sambutan yang agak meriah,,agak cantik dan agak sweet jgak…bcoz what????adaa saya…hehhehe…disamping itu ,kazen saya dan suaminya tak pernah bercintaaa….sweetkannn…jodoh yang ditentukan keluarga dan di persetujui kazen saya….my kazen seorang anak yatim dan piatu semenjak kechik dan atok dan tokwan kteorang suda lama meninggal dunia.sedihkan,tak dapat jumpa atok dan tokwan lagi.tema kmi berwarna purple n im sanggup bli ju baru for that..hahha..cerita kedua,rumah saya dimasuki pencuri.maling itu tlah mencuri duit tabungan saya,abang n my sis…tapi kmi redhakan apa yang berlaku..selepas kejadian,family terus wat kenduri kesyukuran…=))..dan yang ketiga…masalah peribadi…susah nk rasa benci bla hati mengharapkan dan sudah ku serahkan segalanya kepada yang maha satu.tapi ku tetap macam dluan bha…makin bertambah baik dan pemurahh=D…KAT BAWAH NI AADA GAMBAR…LOOK  LA YEEE….MOOD=sedihkecewamengharapdancuba nak senyumwalaupunsesukarmemakannasi 
sengaja buat ayat skema sebab saya ni pemalu + pemalu+dan comel sangat2=))sakit mata tak??=)) saja jee

golongan ibu2 yang berkerja keras




 Time kenduri belah lelaki


 penjaga anak orang time kenduri..hahah
 artis kanak yang paling comel dtng juga=p


 hadiah yang sangat banyak
 taitanic nina also mylovely kazen


Sesi pembukaan adiah

 Penjaga Baby =)))))
 Kak timah kawan baik kakna
 Mak n along
 sebahagian keluarga hj idris
 aku n kazen makan aiskrimm




nina n imrannnn 


lastly keadaan rumaku...tapi ckit ja leh tnjukk coz im tak da di sana ketika kejadian

Friday, November 4, 2011

nak balikk

Assalamualaikum...
yuuhuuuu.....now ari jmaat...da cuti pertengah sem 1 and cuti raya haji...home...im back..hahaha...exctet sangat nk blik.penat deh duk kt uitm ni..ada test,quiz la,assgnment la,kuliah la....huhuh..migrain bla memikirinnya..blik umahpun bkan tangan kosong tau,still bawa buku..'skema girl'..hehehe...emm tak da ceritapun,saja nk excercise tangan yang lama tak on9..'haha,ye2 ja'..emm k la nk ucap selamat menyambut ari raya haji..=)moga sambutannya akn meriah ya dengan mengorbankan  lembu,unta tapi jangan manusia yang terkorban ya..hati2 d jalan raya.p/s malam ni pkul 12 mlm saya nk blik kedah....im coming home...

Tuesday, November 1, 2011

12 Sifat SAHABAT


 

1.
Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu 
2.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu 
3.
Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu 
4.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik
5.
Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu
6.
Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya
7.
Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya
8.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu
9.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah....Wallahua'lam.


RINTIHAN HATI



Ada orang menyangka ibadah itu sekadar rukuk dan sujuddi tikar sembahyang. Atau mengalunkan ayat-ayat Al Quran dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Atau menggentel biji tasbih dengan berzikir dan bertahmid. Atau sekadar membahagi-bahagikan harta kepada fakir
miskin.

Ibadah itu luas pengertiannya. Seluas lautan yang tak bertepi. Ibadah tidak terbatas pada sembahyang sunat berpuluh-puluh rakaat. Ia tidak terbatas pada puasa sunat seperti puasa Nabi Daud; sehari berpuasa sehari berbuka. Pun tidak dikhususkan kepada membayar zakat,menunaikan haji dan sebagainya.

Ibadah adalah pengabdian diri kepada Allah. Dan antara bentuk pengabdian diri yang tidak ketara dan tidak perlu mengeluarkan tenaga ialah ingatan hati dan rintihan hati kepada Allah. Ia merupakan ibadah yang besar nilainya di sisi Allah. Mudah tetapi tidak ramai yang mampu melakukannya.

Mengingati Allah dikira ibadah kerana ia menandakan seorang hamba itu benar-benar berhati hamba. Hamba yang tak punya apa-apa. Yang sewaktu datang ke dunia, tak membawa walau seurat benang di tubuh. Justeru hati sentiasa ingat kepada Yang Maha Pencipta, sentiasa
mengharap bantuan-Nya dan sentiasa bergantung kepadaNya. MengingatiNya menimbulkan rasa syukur atas segala nikmat kurniaanNya.

Namun berapa kerat di antara kita yang ingat akan Allah. Ramai yang lalai dan lupa. Dalam sembahyang, fikiran menerawang entah ke mana. Apatah lagi di luar sembahyang. Renungilah sabda kekasihNya dalam sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepadaKu, Aku juga tetap ingat kepadamu. Dan jika engkau lupa kepadaKu, Aku masih ingat terus kepadamu. Apabila engkau taat kepadaKu, maka pergilah ke mana saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhiKu dan Aku
mematuhimu, dan engkau mengikhlaskan kecintaanKu kepadamu, kemudian engkau memalingkan diri daripadaKu, sedang Aku tetap mengambil berat terhadapmu. Siapakah
yang memberimu makan sewaktu engkau masih janin di dalam perut ibumu. Aku tetap menguruskan segala keperluanmu dengan baik, sehingga terlaksana semua takdirKu terhadapmu. Apabila Aku lahirkan engkau ke alam dunia, engkau lalu membuat maksiat. Bukan begini sewajarnya balasanmu terhadap siapa yang berbuat baik kepadamu”

Memang wajar kita mengingati Allah yang telah banyak memberi nikmat kepada kita. Allah yang sentiasa ingat akan kita. Yang terus saja memerhatikan kita. Yang terus mengasihani kita. Yang terus memberi rezeki kepada kita walaupun Dia seringkali diderhakai.

Dengan apa patut kita balas nikmat Allah yang terlalu banyak itu. Ibarat orang yang sedang bercinta, cukuplah asal dikenang atau diingati orang yang dicintai. Begitu juga dengan Allah. Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya:

”berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk).”

Demikian keutamaan bagi orang yang sentiasa berfikir tentang kebesaran Allah. Akal yang berfikir akan meruntun hati agar sentiasa ingat kepada Allah. Apabila hati selalu mengingatiNya, terasa betapa hampirnya Allah dengan kita. Hati akan selalu bermunajat dengan Allah; menginsafi kelemahan diri, lantas mengharap belas kasihan Allah kepada kita yang terlalu banyak berbuat dosa. Hati merintih dan mengharap rahmat Allah yang maha luas itu. Datanglah perasaan betapa hinanya diri yang berasal dari setitik air mani. Tanpa rahmatnya tinggallah kita dalam kehinaan selama-lamanya.

Rintihan hati inilah tanda kita hamba yang tak punya kuasa apa-apa untuk menghalang kudrat dan iradahNya. Tak berupaya menepis Qadak dan QadarNya. Hanya belas kasihan Allah yang diharapkan dapat menjauhkan diri daripada segala bala bencana. Hati yang tidak pernah
ingat, apalagi merintih kepada Allah, adalah hati seorang tuan.

Adakalanya segaja Allah timpakan ujian yang berat ke atas hambaNya. Ketika itu hati si hamba akan merintih walaupun bibir boleh mengukir senyum. Kadang-kadang ujian datang silih berganti; seolah-olah Allah tidak mendengar rintihan hati hambaNya.

Sebenarnya, Allah rindu untuk mendengar rintihan hati si hamba. Tanpa ujian, hati tidak ingat Allah dan ia berasa tenteram, hingga hilanglah rasa kehambaan  daripada dalam diri. Lalu kerana itu, Allah datangkan ujian silih berganti agar rintihan hati si hamba tidak terputus kepada Tuhannya.

Hukama berkata: “Allah lebih suka mendengar rintihan hamba yang berdosa (termasuk rintihan hati) daripada seorang abid yang duduk beribadah.”

Demikian tingginya nilai rintihan hati seorang hamba dibandingkan dengan ibadah lahir. Ibadah lahir belum tentu melahirkan rasa kehambaan, kerana boleh jadi seorang yang beribadah itu berasa selamat dengan ibadahnya.

Ingatan hati dan rintihan hati seorang insan terhadap Tuhannya datang daripada rasa kehambaan yang tulen. Rasa kehambaan inilah tanda seorang insan telah mendapat nikmat iman yang tinggi nilainya. Tiada sesuatu yang lebih berharga daripada nikmat iman.
Beruntunglah mereka yang dianugerahi nikmat ini. Hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja yang akan dikurniai rasa kehambaan.

Seorang hamba yang hatinya sentiasa ingat dan merintih kepada Allah tidak bangga dengan nikmat, tidak gelisah dengan bala, tidak rasa tenang dengan pujian, dan tidak menderita dengan kejian. Hati sentiasa merasa serba kekurangan dan amat memerlukan Allah dalam semua keadaan. Inilah yang dikatakan hati yang hidup, yang sentiasa dalam beribadah. Apatah lagi jika ditambah dengan banyaknya ibadah lahir seperti sembahyang, puasa, sedekah dan sebagainya; makin tinggilah darjat si hamba di sisi Khaliqnya.

Saturday, October 29, 2011



    • ya allah dugaan apa pula kali ini datang kepadaku??

    • aku tercari - cari kenapa aku masih begini??

    • aku tidak tahu kenapa perasaan itu datang dengan sendiri...

    • perasaan rindu itu sungguh menebal di dalam diriku...

    • aku tidak mampu untuk menepis perasaan itu dengan sendiri tanpa di luahkan kepadamu...

    • ya allah...

    • kali ini aku tidak mampu untuk menangung seorang diri

    • perasaan ini sungguh sukar untuk ku ungkapkan

    • rindu itu sukar untuk di jangkakan,

    • datangnya ia tanpa di duga dan perginya tanpa di paksa...

    • ya allah,

    • kali ini aku jatuh tersungkur

    • menangung rindu yang teramat

    • aku tidakmampu untuk meluahkannya...

    • kenapa cuma seketika di tinggalkan, perasaan itu terus menyelebungiku...



    • aku tidak mampu untuk semua itu,

    • apa yang harus aku lakukan demi perasaan ini,

    • aku teramat lemah kali ini..



    • ya allah

    • di saat ini aku amat memerlukanmu,

    • aku tidak mampu untuk laluinya seorang diri..

    • aku amat lemah untuk saat ini

    • hanya mengharapkan magfirah darimu ya allah..



    • sukar untukku, meluahkan perasaan itu......

    • kerana rindu itu adalah perasaan yang sukar untuk di gambarkan

    • walaupun perginya hanya seketika, 

    • namun rindu itu akan tetap menghantui diriku..



    • aku tidak mampu untuk semua itu

    • ya allah bantulah hambamu

Friday, October 14, 2011

Ketebalan hati sang pencinta


Ketebalan hati sang pencinta
بسم الله الرحمن الرحيم
Orang yg mencintaimu tdak pernah mampu memberikan alasan knapa dia mencintai kamu..yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu2nya.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istemewa atau kekasih,dia tidak peduli! Baginya yng penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang mencintaimu selalu menerimamu seadanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun kamu merasa berat badan kamu bertambah.
Orang yang mencintaimu akan mengirimkan sms seperti selamat pagi,slamat hari minggu,selamat tidur,take care dan lain2 lagi,walaupun kamu tidak pernah membalas sms nya,kerana dgan kiriman itulah dia menyatakan cintanya,menyatakan cinta dalam kata yang brbeza,bukan “aku cinta padamu”.
Jika kamu menyambut hari jadinya dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang akan kamu adakan,setidak2nya dia akan menelefon atau menghantar sms kepada kamu..
Orang yang mencintaimu akan selalu mengingati setiap kejadian yang di laluinya bersama kamu,bahkan mungkin kejadian yang sendiri sudah kamu lupaakannya..kerana saat itulah sesuatu yang berharga untuknya.dan saat itu,matanya pasti berkaca.kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata2 yang kamu ucapkan,bahkan mungkin kata2 yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu2 kegemaranmu,bahkan mungkin meminjam cd milik kamu,krna dia ingin tahu apa kegemaramu..kesukaan kamu,kesukaannya juga,walaupun sukar untuk meminati kamu,tapi akhirnya,dia Berjaya juga
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selsema,batuk2,dia akan sentiasa mengirim sms untuk bertanya keadaanmu kerana dia bimbangkan tentang kamu,pedulikan kamu.
Jika kamu menyataakan kamu akan menghadapi ujian,dia akan menanyakan bila ujian tu akn berlangsung.dan saat harinya tiba,dia akn mengirimkan  sms ‘good luck’,untuk memberikan semangat kepadamu.
Orang yang mencintaimu Akan memberikan sesuatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,tetapi baginya barang itu sangat istemewa.
Orang yang mencintaimu akan terdiam sesaat,ktika sedang bercakap di telefon dengan kamu,sehingga kamu menjadi binggung.sebenarnya saat itu dia merasa gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Orang yang mencintaimu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari2nya hanya bersama kamu.
Jika saat kamu harus berpindah ke daerah lain,dia akan sentiasa MEMBERIKAN nasihat agar kamu berwaspada denagn persekitaran yang boleh menbawa pengaruh buruk kamu.
Di hatinya,dia benar2 takut kehilanganmu.
Orang yang mencintaimu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintaimu kadang2 merinduimu dan melakukan hal2 yang membuatkan kamu pening kepala.namun kamu menyatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dan dia akan meminta maaf dan tidak akan melakukannya lagi.
Jika kamu memintanya untuk mengajarimu dengan sabar walaupun mungkin kamu orang yang kurang cerdik.!bahkan dia begitu gembira dapat membantumu. Dia tidak peerrnah mengelak daripada menunaikan permintaanmu walau sesukar mana permintaanmu itu.
Kalau kamu melihat handphonenya,maka nama kamu akn menghiasi  sebahagian besar peti simpanan mesej si dia.dia masih menyimpan  sms2 daripada kamu walaupun kamu telah mengirimkan berbulan dan tahun lamanya.
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,dari akan menyedarinya dan menghilang daripada kehidupanmu walaupun ia membunuh hatinya.
Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberikannya kesempatan,dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain,dia sentiasa memilih terus bersamamu.
Orang yang begitu mencintaimu,tidak memaksamu memberinya sebab dan alasan,walaupun hatinya meronta ingin mengetahui,kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan kerenahnya.saat kamu pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu,kerana dia benar2 mengerti apa itu cinta.

Saturday, August 13, 2011

salam ramadhan

assalamualaikum.....salam ramadhan untuk semua..keadaan masi macam biasa...cuma sibuk nak prepare nak sambung blaja kt uitm shah alam...hope dapat belajar sampai tua....cari ilmu bagus dan jangan abaikan ilmu yang da ada...tambah ilmu sampai rambut berubah...hehehe..sekarang banyak benda yang happen....harap semuanya ok saja...huhuhu..em k la...tak da idea laa...gpun ni on9 laptop kakak...takda benda yang leh di kongsikan...nanti certa lagi...selamat berpuasa dan selamat hari raya...maaf zahir dan batin